Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri
Disediakan oleh Goh Shu Cheng
Gaya pembelajaran merupakan satu kajian yang membolehkan seseorang pelajar belajar dengan lebih efektif. Pelajar perlu menggunakan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Beberapa kajian telah dibuat untuk menpertingkatkan proses dan prestasi belajar pelajar.
Setiap pelajar mempunyai cara belajar dan gaya pembelajaran yang berbeza. Kesemua perbezaan dapat dilihat daripada beberapa penyelidik yang telah mengemukakan beberapa gaya pembelajaran. Antaranya ialah:
a) Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn
b) Model gaya pembelajaran Honey dan Mumford
c) Model gaya pembelajaran Kolb
A. Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn
a) Persekitaran.
i. Cahaya
Setiap individu perlu mengambil kira kekuatan cahaya yang sesuai dengan diri semasa mencari tempat belajar.
ii. Bunyi
Faktor persekitaran yang bising akan mempengaruhi pembelajaran mereka. Kebanyakan individu memerlukan persekitaran yang senyap semasa belajar. Tetapi juga ada individu mempunyai bunyi semasa belajar.
iii. Suhu
Suhu yang berbeza akan mempengaruhi proses pembelajaran seseorang.
iv. Reka Bentuk
Gaya pembelajaran ditentukan oleh personaliti individu yang berbeza. Oleh itu, pelajar harus memilih tempat pembelajaran yang sesuai dengan diri supaya dapat belajar dengan selesa.
b) Emosional
i. Motivasi
Merupakan gaya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang.
ii. Kecekalan
Kecekalan penumpuan yang tinggi membantu individu dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang.
iii. Tanggungjawab
Tanggungjawab seseorang akan mendorong seseorang itu belajar dengan tekun dan berusaha melaksanakan tugasan.
iv. Struktur
c) Sosiologi
i. Diri Sendiri
Sebilangan individu suka belajar bersendirian
ii. Berpasangan
Berlajar bersama dengan pansangan yang dapat berinteraksi secara dua hala.
iii. Rakan Sebaya
Belajar dalam bentuk kumpulan yang melibatkan lebih daripada dua orang.
iv. Orang Dewasa
d) Fizikal
i. Persepsi Pancaindera
Merujuk kepada penggunaan variasi semua lima pancaindera semasa mengingat dan memproses maklumat.
ii. Makanan dan Minumam
iii. Berbezaan terhadap keperluan makanan dan minuman semasa belajar.
iv. Waktu/ Tempoh Belajar
v. Waktu perdana sangat penting semasa menjalankan pelajaran.
vi. Pergerakan
vii. Keperluan pergerakan bergantung kepada suasana pembelajaran.
e) Psikologi
i. Analitik / Global
Analitik ialah seseorang individu hanya boleh melakukan satu perkara pada satu masa. Mala, global ialah individu yang lebih cenderung bekerjasama secara kumpulan
ii. Impulsif / Reflektif
Impulsif ialah individu yang mengikut gerak hati semasa membuat kerja. Reflektif ialah individu yang berhati-hati semasa membuat kerja.
iii. Dominan otak kiri / Dominan otak kanan
Otak kiri mengawal tindakan dari aspek bahasa, matematik, dan logik. Otak kanan berfungi dalam aspek bentuk, lukisan, dan irama.
B. Model gaya pembelajaran Honey dan Mumford
a) Aktivitis
Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran aktivitis dikategorikan sebagai individu yang berminat kepada pengalaman. Mereka berminat kepada pengalaman yang baru. Golangan pelajar ini tidak memerlukan dorongan orang lain. Mereka sangant kreatif dan mampu menghasilkan idea-idea.
b) Reflektif
Pelajar yang berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian melalui pelbagai perspektif. Mereka suka mencari hakihat yang sebenar.
c) Teoris
Golongan pelajar ini memiliki fikiran yang rasional dan logikal. Mereka mementingkan situasi-situasi bermatlamatkan logik. Golongan pelajar ini lebih bersifat analitis dan mengutamakan realiti
d) Pragmatis
Golongan pelajar yang lebih berkeyakinan dan suka bercakap. Mereka gemar kepada isu-isu praktikal dan berminat mengaitkan pembelajaran yang telahdipelajari dengan kaedah semasa yang digunakan.
C. Model gaya pembelajaran Kolb
a) Imaginatif dan Kreatif
Membuat pengamatan terhadap maklumat yang ada secara konkrit dan memproses maklumat tersebut secara reflektif. Sering bertanya “mengapa?”.
b) Teori Analisis
Maklumat yang diperolehi oleh mereka adalah secara abstrak dan memproses maklumat itu secara reflektif. Suka persoalan mengenai “apa dia?”.
c) Praktik
Suka mempersoalkan “bagaimanakah itu berfungsi?”. Keinginan mengetahui kaedah sesuatu barang berfungsi dan suka mencuba sendiri untuk menambah pengalaman.
d) Intuitif Dinamik
Suka mempersoalkan tentang “apahkah kegunaan lain yang boleh saya cipta?”. Mereka membuat pengamatan terhadap maklumat secara konkirt dan memprosesnya secara aktif. Suka mencari perkara yang belum diketahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan