Penetapan Matlamat Diri dan Akademik
Disediakan oleh Chee Kai Xuan
Penetapan matlamat diri dan
akademik adalah penting dalam pembelajaran. Penetapan matlamat diri dan
akademik boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART. SMART digunakan
untuk membantu seseorang individu untuk menetapkan matlamat dan akademik sepanjang
pengajian dan seumur hidup. SMART juga diamalkan oleh kebanyakan syarikat di
seluruh dunia untuk dijadikan panduan dalam menetapkan sasaran mereka. SMART
adalah kata singkatan yang terdiri daripada specific, measurable, attainable,
realistic dan time-bound.
‘Specific’ iaitu
penetapan matlamat yang spesifik dan jelas dengan dapat menjawab kesemua soalan
yang berkaitan dengan matlamat sendiri. Matlamat yang jelas dan spesifik adalah
lebih baik daripada matlamat yang mudah. Jika seseorang mempunyai matlamat yang
jelas, dia semestinya akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.
‘Measurable’
iaitu matlamat yang ditetapkan mestilah boleh diukur. Jika matlamat seseorang
sudah spesifik, pastilah matlamatnya boleh diukur. Hanya matlamat yang
mempengaruhi tingkah laku dengan cara yang boleh diukur boleh menjadi berkesan.
Sebagai contoh, seseorang murid yang lemah dalam peperiksaan bolehlah
menjadikan murid yang cemerlang sebagai matlamatnya.
‘Attainable’
iaitu matlamat yang ditetapkan boleh dicapai. ‘Realistic’ pula ialah matlamat
yang ditetapkan adalah munasabah. Seseorang individu haruslah menetapkan
matlamat yang realistik supaya matlamat tersebut boleh dicapai. Jika kita
menetapkan matlamat yang tidak munasabah, kita bolehlah mencari jalan
alternatif untuk mengubah matlamat kita.
‘Time-bound’
ialitu mempunyai had masa yang tertentu apabila menetapkan matlamat. Sekiranya
mempunyai had masa untuk sesuatu matlamat, seseorang itu akan lebih berusaha
lagi dalam mencapai matlamatnya.
Seperti yang
telah dijelaskan, kita haruslah menetapkan matlamat diri dan akademik dengan
jelas supaya dapat dicapai. Selain itu, tahap kesukaran matlamat bolehlah
bertambah supaya kebolehan kita dapat diperkembangkan dan seterusnya mencapai
kejayaan.
Pengurusan Masa
Pengurusan masa
adalah keupayaan seseorang pelajar mengurus masa yang ada untuk mencapai
kejayaan diri dan akademik. Kita bolehlah merancang satu jadual belajar untuk
meningkatkan kemahiran mengurus masa. Dengan itu, seseorang itu akan mendapat
masa yang mencukupi dalam belajar, beriadah, aktiviti kokurikulum dan
sebagainya.
Menurut Zulkifli
et. al. (1993) menyatakan bahawa jadual waktu ialah arah tuju dan panduan untuk
pelajar supaya dapat belajar dengan lebih bersistematik. Namun begitu, masih
lagi terdapat pelajar yang tidak mempercayai kebaikan yang dibawa oleh jadual
aktiviti dan jadual belajar harian. Kesannya, pelajar tersebut akan termenung
dan berfikir bagaimana untuk menyiapkan kesemua tugasan apabila mereka
mendapati bahawa terlalu banyak tugasan yang perlu disiapkan.
Masa adalah
penting bagi setiap orang di dunia ini. Oleh itu, kita haruslah meghargai masa
dan tidak patut membazirkannnya. Hal ini demikian kerana masa adalah salah satu
faktor yang penting kepada pelajar. Dengan adanya pengurusan masa, seseorang pelajar
akan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dan aktiviti yang berfaedah dalam
masa yang teatur. Sekiranya seseorang mempunyai kemahiran pengurusan masa,
mereka akan memperolehi banyak faedah seperti dapat menjalankan kebanyakan
aktiviti yang telah dirancang pada setiap hari, melatih mendisiplinkan diri
supaya menepati masa, mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai aktiviti
dan lain-lain. Dengan itu, seseorang akan dapat mengamalkan cara hidup yang
lebih berjaya.
Sebagai
kesimpulan, seseorang yang mahir mengurus masa akan berjaya dalam kehidupannya.
Oleh itu, pelajar haruslah dapat mengurus masa dengan baik agar penggunaan masa
dapat diseimbangkan di antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan