Strategi Meningkatkan Ingatan
Disediakan oleh Jap Xin Wei
Jenis ingatan manusia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu
Ingatan Jangka Pendek
|
Ingatan Jangka Panjang
|
Ingatan jangka pendek merujuk kepada berapa banyak item atau data disimpan dalam sesuatu masa setakat mana seseorang dapat memberi penumpuan secara sedar dalam masa yang pendek.
|
Proses ini berlaku apabila maklumat yang tersimpan sebentar direkodkan supaya kekal dalam ingatan. Peringkat ingatan ini berfungsi menahan maklumat pada jangka masa yang lama sehingga sebahagiannya kekal sepanjang hayat.
|
Teknik mengingat
a) Mnemonik
i. Mnemonik gata gentian
Teknik ini sesuai digunakan kepada perkara abstrak yang sukar diingat. Melalui Teknik ini akan melibatkan penggunaan imej yang timbul daripada kata ajuk yang dapat menukarkan maklumat kepada suatu imej konkrit yang mudah diingati.
Contohnya:
ii. Mnemonik anekdot
Teknik ini untuk mengingat maklumat yang Panjang dengan menghubungkait kata kuncinya ke dalam sebuah bentuk cerita pendek yang lucu. Lagi lucu, lagi menyenorokkan lagi bertambahlah kuat ingatan kepada mnemonik.
iii. Mnemonik lokasi
Teknik ini juga dikenali sebagai kaedah tempat. Teknik mnemonik lokasi adalah berdasarkan dua cantuman unsur, iaitu tempat dan imej. Melalui Teknik ini memerlukan anda untuk mengingat kepada sesuatu lokasi dan kaitkan dengan maklumat yang ingin diingati.
iv. Mnemonik rantaian
Teknik ini sesuai untu mengingati senarai yang Panjang. Cara menggunakan Teknik ini ialah dengan menggunakan GAMBARAN. Sebagai contoh, sebuah bas yang berbentuk buku sedang meronda di jalan raya, ketika seekor burung sedang memakai topi sambal membaca buku di dalam bas dan seterusnya.
b) Lokus
Perkataan lokus bermakna tempat. Kaedah lokus adalah mengaitkan bahan ingatan dengan suatu tempat yang dikenali.
c) Chunking
Teknik yang mengumpul beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu. Kebiasaanya Teknik ini memerlukan anda melakukan pemecahan kepada kumpulan (chunking)
Perancangan Jadual Belajar
Perancangan Jadual Belajar
Setiap jadual waktu hendaklah mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah:
i. Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
ii. Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan
iii. Pertimbangan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
iv. Berikan keutamaan kepada aktiviti yang anda dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
v. Pertimbangan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
vi. Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diualang kaji atau disediakan megikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar IPT.
vii. Susun mata pelajaran yang perlu diualang dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
viii. Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti tugasan dan assignment, membuat nota dan sebagainya.
ix. Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
x. Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan
xi. Jenis jadual waktu yang perlu disediakan.
Terdapat pelbagai jenis jadual waktu yang perlu disediakan oleh seseorang pelajar, sesuai dengan tujuan mengapa mereka pergi ke tempat yang berkenaan. Antaranya termasuklah:
(a) Jadual waktu semester (rancangan untuk aktiviti satu semester)
(b) Jadual waktu mingguan (rancangan untuk aktiviti seminggu)
(c) Jadual waktu harian (rancangan untuk aktiviti setiap hari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan